BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, 15 May 2009

Klas communication skills atau klas lakonan?

Hari ni start klas commskill. 1st roleplay was about advising for healthy lifestyle. Tapi dah jadi mcm acara promosi washing machine Samsung 3x tekan terus bersih.

Lia gembira.

2nd roleplay : Breaking bad news.
Kali ni cuak seyh. Tak sgt la. Sebab kali ni doctor yg tentukan siapa partner kitorg.
Raj sgt2 berharap yg aku akan dpt Seravina sbg pasien sbb Seravina ni ala2 pelakon sinetron sket. Raj jgk sempat menurunkan beberapa tips utk aku.
" Yg mn hang dh buat, hang tick."
"Habih la hang kalau dpt Seravina..hahah"
"Hang jgn lupa follow up."
Tiba turn aku...


Doc : Sekarang, kasus 1. Dokternya, Nur Farahin.
Pasiennya, Raj Vikram.

Hahahah....aku sempat gelakkan dia. Then, die kena jd nelayan yg didiagnosa ada DM n kaki kena amputasi.

Menjelang pkul 3.30pm..


Sorang tido, sorang main game ke msg awek tah.

P/S : Topic for the next Monday = Taking sexual history. B (bukan nama sebenar) must be very happy.


Wednesday, 6 May 2009

Jangan membazir air mata.

Public Health II exam. Abis exam je, aku terus kuar GM tanpa meninggalkan sebarang pesan kpd Ihda maupun Qish. Aku tau Ihda ade meeting n Qish plak ade dating.zzz...
Ade sesuatu menanti aku kat bilik...

THE SACRED ROMANCE OF KING SULAIMAN & QUEEN SHEBA.
Buku ni tajuk je dlm English, sekali bukak, bahasa ibunda sini maa...tapi aku ttp layann..

Pinjam dr Ihda. Dah tajuk pon The Sacred Romance of King Sulaiman & Queen Sheba, so cerite pon of coz la pasal Nabi Sulaiman dan Ratu Bilqis or Balqis (same je kot.zzz). Buku ni bg aku sgt best dan sesuai utk org2 jiwang mcm aku. Ye. Aku jiwang. Ade masalah ke? Hahahah...

Aku..bile dah dpt buku (bukan Sobotta, Yokochi atau yg sewaktu dgnnya), susah dah nak bergerak. So, aku berazam nak habiskan novel ni sebelum bergerak ke Istana Dieng utk bermain bowling. Tapi apakan daya, kebiasaan aku yg suke baca satu ayat berulang2 utk mendapatkan feel ternyata merupakan salah satu constraint yg menghalang aku utk aku mencapai goal dan objectives aku.

Then, baru aku tau Bilqis tu sebenarnya nama yg diberi Nabi Sulaiman utk Ratu Saba' yg bermaksud
Permaisuri Yang Cantik.
Heee...ada harapan la anak perempuan aku name Bilqis or Balqis nanti..zzzzzz...

Seraya dgn ini juga aku mengesyorkan kpd sesiapa yg nk
bc novel ni, kena sediakan tisu sbb ceritenye selain romantis, ia juga amatlah syahdu dan boleh mengalirkan air mata sesiapa shj termasuklah makhluk Tuhan yg sorang ni...

Member aku, N (bukan name sebenar) yg sempat membaca separuh dr novel tersebut pd hari pertama aku pinjam.

Hahaha...sori. Identitas sebenar member aku ni terpaksa dirahsiakan demi menjaga kepentingan pihak2 tertentu..

Monday, 4 May 2009

Hukum Karma

1st entry.Hujan turun renyai2.Dengan perut berkeroncong dan hati seteguh karang, aku bersiap dan terus mencapai sekaki payung untuk meredah hujan dengan satu tujuan murni iaitu...

Untuk pergi ke kedai Pak Di Betek untuk membeli ayam bakar die yg menyelerakan.

Cam biase,kalau nak kuar, mesti kena turun tangga. Ye la. Xkan ko nak suruh aku terjun terus dari balkoni depan ex-bilik Ihda tu kot.

Aku pon turun tangga cam biasa. Sampai anak tangga ketiga, (kalau xsilap)...

GEDUSH DUSH DUSH DUSH...

Aku berjaya menjimatkan tenaga dari kaki aku drpd terus melangkah dengan menggunakan kaedah menggelongsor 5 atau 6 anak tangga sekaligus. Natijahnye, punggung kanan (lucah ke?) aku rasa cam lebam.

Mengerang kejap. Mbak dua orang kat bawah tu hanya mampu beristighfar melihat keadaan aku yg xberapa sadis. Dengan muka control, aku naik balik ke atas. Selamat tinggal ayam bakar Pak Di Betekku.

P/S : Lain kali jgn tuang kelas.Heeee....